Kepentingan Kritikan Kesusasteraan Pada Masa Kini

Peranan kritikan sastera di Malaysia juga dapat mendedahkan hasil karya sastera bangsa ke peringkat antarabangsa. Selain itu, bidang sastera juga akan mendapat sambutan pembaca khususnya apabila sesebuah novel baru itu berada di pasaran atau baru saja diterbitkan.

Kritikan sastera mempunyai peranan terhadap pembaca dan penulis. Kritikan sastera dapatmembantu pembaca atau khalayak memahami karya dengan lebih baik. Bagi penulis pula, kritikan dapat membantu penulis menghasilkan karya yang lebih bermutu. Sama seperti peranan kritikan terhadap hasil kesusasteraan dewasa, kritikan terhadap sastera remaja juga penting kepada pembaca dan penulisnya.

  Untuk proses yang berkaya dalam kritikan kesusasteraan menentukan status sesebuah karya kreatif sama ada berkualiti atau tidak berkualiti. Memudahkan pengarang melihat ciri-ciri karya kreatif yang bermutu adalah untuk membantu pengarang supaya dapat menghasilkan karya yang lebih baik. Menepati kiteria-kiteria karya kreatif. Dengan ini dapatlah pengarang menjayakan kepentingan untuk mendidik orang ramai.
  
  Melalui kritikan kesusasteraan ini akan dapat pembaca nampak kehalusan perasaan penulis. Karya akan muncul melalui emosi, cita rasa dan gambaran kehidupan yang halus sifatnya dan terhasil daripada nilai keindahan bahasanya. Sememangnya selaras dengan jiwa manusia yang halus dan ghairah terhadap bentuk keindahan sesuatu benda. Karya ekonomi pula tidak mempunyai nilai perasaan, moral, emosi dan daya tarikan untuk menjiwai hati seseorang yang membaca berbanding hasil kesusasteraan yang mempunyai unsur estetika yang mudah dihadamkan. Oleh itu, pentingnya sesebuah karya yang adanya perasaan supaya pembaca akan dapat mempunyai emosi dan dapat mengetahui perasaan seseorang penulis semasa menulis karya tersebut. Dengan adanya karya yang sebegini dapat juga seseorang penulis dapat menghantarkan mesej yang ingin dihantarkan kepada masyarakat.

  Dengan menulisnya krtitkan sastera akan membantu seseorang penulis mewujudkan fantasi dan keinginan dalam dirinya. Seseorang dapat melepaskan perasaan seseorang penulis dengan menggunakan unsur-unsur sejarah atau watak-watak sejarah ke dalam cerita baru. Dengan ini pembaca akan membaca dengan fikiran yang terbaru yang ingin dibawa keluar oleh penulis kepada pembaca.
  
  Kritikan sastera akan membantu pembaca memahami banyak aspek yang tidak tahu sebelum ini. Selain tiu, dengan adanya kritikan kesusasteraan akan wujudnya hujah dalam memberi justifikasi. seseorang penulis haruslah jujur dan tidak bersikap bias dalam mengkritik sesebuah sastera oleh itu akannya pasti sesebuah karya tersebut berkuaiti.

  
  

  

评论

此博客中的热门博文

Rumusan dan Cadangan

Refleksi Kendiri