Tokoh-Tokoh Kesusasteraan
Semua esei kritikan yang dipilih telah dianalisis berdasarkan kaedah kuantitati dan kualitatif. Analisis kualitatif dibahagikan kepada tiga aspek iaitu berdasarkan penggunaan genre, pendekatan dan pengkritik yang terlibat bagi kedua-dua dekad berkenaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa genre novel paling mendapat tempat dalam kedua-dua dekad tersebut; diikuti oleh puisi dan cerpen dengan jumlah yang hampir sarna; paling sedikit ialah genre drama. Pendekatan formalistik, telah mendominasi esei kritikan dalam kedua-dua dekad berkenaan. Namun begitu, dari segi kualiti didapati lebih krang 9% sahaja dari esei kritikan yang dihasilkan dalam kedua-dua dekad berkenaan dianggap menepati ciri, tugas dan fungsi kritikan. Esei-esei tersebut dihasilkan oleh beberapa orang tokoh pengkritik seperti Umar Junus, Rahman Shaan, Ahmad Kamal Abdullah, Hashim Awang, Mana Sikana dan Ramli Isin bagi dekad 80-an; manakala tokoh de...