Tokoh-Tokoh Kesusasteraan
Semua esei kritikan yang dipilih telah dianalisis berdasarkan kaedah kuantitati dan kualitatif. Analisis kualitatif dibahagikan kepada tiga aspek iaitu berdasarkan penggunaan genre, pendekatan dan pengkritik yang terlibat bagi kedua-dua dekad berkenaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa genre novel paling mendapat tempat dalam kedua-dua dekad
tersebut; diikuti oleh puisi dan cerpen dengan jumlah yang hampir sarna; paling sedikit ialah genre drama. Pendekatan formalistik, telah mendominasi esei kritikan dalam kedua-dua dekad berkenaan. Namun begitu, dari segi kualiti didapati lebih krang 9% sahaja dari esei kritikan yang dihasilkan dalam kedua-dua dekad berkenaan dianggap menepati ciri, tugas dan fungsi kritikan. Esei-esei tersebut dihasilkan oleh beberapa orang tokoh pengkritik seperti Umar Junus, Rahman Shaan, Ahmad Kamal Abdullah, Hashim Awang, Mana Sikana dan Ramli Isin bagi dekad 80-an; manakala tokoh dekad 90-an pula terdiri daripada Othman Puteh, Rahman Shaari, Rosnah Baharuddin, Ramli Isin, Ungku Maimunah Mohd Tahir, Sohaimi Abdul Aziz dan Lutfi Abas.
Pada dekad 1960-an Kassim Ahmad membawakan pendekatan kemasyarakatan secara serius dalam kritikannya. Tulisan awal Kassim Ahmad tersiar dalam majalah Bahasa (Januari 1957) berjudul Kesusasteraan Melayu Baru dalam Masyarakatnya. Kassim Ahmad tertumpu kepada pendekastan kemasyarakatan yang berteraskan aliran realisme sosialis dengan mengemukakan kritikan terhadap novel Musafir dan Srengenge.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgRNyHMO4KZUoIwJYywojECaCSTP5GasxVec3-Y16QWMy3pRuLxywNot770X6qgy-eVY0S1SQpgFTphQ4HpjzCZIfjeMKMpjxC2686gOHFOjE9MHM8Q_cPpWPMvVTgWj90TgWUD4JQJzA/s320/NOOR+AZAM+FINAL+SOLO.jpg)
M. Noor Azam merupakan pengkritik yang menggunakan pendekatan kemasyarakatan. Kecenderungan beliau adalah memperkatakan tentang tema dan persoalan dan mengupas karya berkenaan dari sudut hubungannya dengan kehidupan dan masyarakat yang melahirkan karya berkenaan. Di samping memperkatakan tentang karya sastera Melayu M Noor Azam turut memperkenalkan tokoh-tokoh barat seperti Goethe, Balzac, Thomas Mann dan sebagainya.
Pendekatan formalistik mendapat pelbagai istilahnya di Malaysia, Hashim Awang menggunakan istilah struktural manakala Yahya Ismail menyatakan sebagai pendekatan antologikal. Apa yang dilihat oleh para pengkritik berkenaan adalah aspek struktur atau bentuk karya mengikut lunas-lunas tertentu seperti tema, plot, watak, gaya bahasa dan beberapa unsur lain.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoR0m7f6jzN8UmTLDMmNXPCdZOOvg3HjO4nlx4fw9BfrR9w0gF_6rdndo5gmKjMiSTrTQXwVmYHgWcjeR_RXz1e5IhNGHycnIAUd_H1rTP1pIJYYVuO-_vkGd6WG21_N8hBSmuVPFW3H4U/s200/affandihassan.jpg)
Mohd Affandi Hassan merupakan seorang pngkritik yang menggunakan pendekatan formalistik. Namun begitu Mohd Affandi Hassan merupakan pengkritik yang keras, tidak bertolak ansur, tidak simpati terhadap penulis, dan gemar menghukum. Ia berpegang kepada prinsip bahawa tiada tolak ansur dalam kritikan.
评论
发表评论